Jom explore tempat-tempat menarik di Malaysia.:)

Jumaat, 18 November 2016

Aktiviti Menarik di Melaka

12:17:00 PG
                       

   Aktiviti Menarik di Melaka







Taman Tema Air A’Famosa Resort – Satu tempat menarik di Melaka yang sangat sesuai untuk datang bersama dengan anak-anak. Taman tema air di sini sememangnya sangat menarik untuk datang bersama keluarga baik kanak-kanak dan juga dewasa. Pilihan gelongsor air, water slide atau permainan air di sini memang banyak dan salah satu gelongsor yang paling menjadi tumpuan ialah high speed water slide yang sangat curam dan tinggi dan pasti membuatkan jantung anda berdegup kencang keseronokan ketika meluncur laju ke bawah.


Melaka Wonderland – Satu lagi taman tema air yang terletak di Hang Tuah Jaya, MITC Ayer Keroh, Melaka yang turut menjadi pilihan pengunjung untuk bermain air dengan keluarga dan bagi mereka yang nak bermalam di sini juga terdapat resort yang bervariasi pilihan bilik. Permainan dan gelongsor air di sini juga agak banyak dan mencabar sesuai untuk golongan belia dan dewasa. Pastikan anda buat tempahan awal-awal kalau ingin menginap di sini untuk mendapatkan harga yang lebih murah terutamanya waktu-waktu cuti semester/ sekolah.


Bayou Lagoon Park Resort – Bagi mereka yang ingin bercuti dengan anak-anak atau mencari destinasi untuk aktiviti teambuilding, apa kata ke sini. Resort ini mempunyai kolam dan beberapa gelogsor air yang sesuai untuk kanak-kanak. Selain itu terdapat juga pilihan aktiviti sukan air yang sesuai untuk rekreasi outdoor seperti water baloon race, chopstick crazy, giant slipper dan sebagainya.


Taman Rekreasi Air di Taman Buaya – Di dalam taman buaya terdapat beberapa tarikan menarik untuk dilawati dan salah satunya adalah taman rekreasi air ini iaitu merupakan sebuah taman tema mini yang sesuai untuk kanak-kanak bermain air. Di sini juga terdapat beberapa permaianan air serta gelongsor berlingkar yang lebih sesuai untuk kanak-kanak dan remaja. Bagi yang dewasa dan inginkan permainan gelongsor air yang lebih mencabar, anda boleh ke Taman Tema Air di A’ Famosa Resort




Makanan Menarik di Melaka !

12:06:00 PG

                     Makanan Menarik di Melaka !


Melaka sememangnya terkenal sebagai tempat peninggalan sejarah dan menjadi antara tempat yang menjadi pilihan orang ramai sekiranya bercuti. Tetapi, jika anda bercuti tanpa menikmati makanan yang sedap disana, maka tidak lengkaplah cuti anda.

Sekiranya anda di Melaka, atau merancang untuk ke Melaka, ini beberapa tempat makan yang menarik untuk anda kunjungi.




1 - Asam Pedas Selera Kampung


Restoran Asam Pedas Selera Kampung ini berada berdekatan dengan Kota A Famosa, menjadikannya antara restoran yang sering penuh dengan pelanggan. Sajian yang menjadi tarikan di sini tentulah asam pedasnya yang meliputi pelbagai jenis ikan seperti ikan parang, pari, jenahak dan lain-lain. Selain itu, lauk-pauk lain juga turut disediakan seperti masakan udang dan ketam bagi penggemar makanan laut dan ikan bakar bagi penggemar masakan bakar.

           

2 - Klebang Original Coconut Shake
Rugi jika anda ke Melaka tetapi tidak singgah di Klebang Original Coconute Shake. Klebang Coconut Shake sangat popular dengan air coconut shakenya yang mana disertakan dengan aiskrim dan buah kelapa segar. Kebiasaannya, mereka yang datang ke sini akan minum air coconut shake ini bersama dengan Nasi Lemak yang disediakan.


3 - Perhentian Kuih Kampong
Sekiranya anda mencari kuih untuk dimakan di Melaka, Perhentian Kuih Kampong adalah jawapannya. Kedai ini lebih berkonsepkan gerai dimana ianya adalah sebuah kedai kecil yang berada betul-betul di bawah sebatang pokok besar. Walaupun kecil, kedai ini memuatkan pelbagai jenis kuih berserta dengan pelbagai makanan lain termasuklah asam pedas dan nasi ayam.


4 - Mee Bodo
Jangan salah sangka. Mee Bodo ini mendapat jolokan bukan kerana rasanya tidak sedap, tetapi kerana ia hanyalah mee goreng  yang 'simple' dek kerana Mee gorengnya hanya dibuat menggunakan mee kuning, taugheh, timun dan juga sambal. Mee ini mempunyai peminatnya tersendiri kerana sambalnya yang sedap.







Khamis, 17 November 2016

Tempat Menarik Di Melaka

11:51:00 PTG


                    

Tempat Menarik Di Melaka 2016!

Freeport A’famosa Outlet Village



Pada 28th November 2015, Freeport A’famosa Outlet Village telah diperkenalkan yang terletak di Alor Gajah.
Di fasa pertama nya, Freeport A’famosa Outlet Village telah menjangkau kira-kira 175,000 kaki persegi dan anda boleh membeli-belah sehingga anda puas.
Dengan lebih dari 80 kedai premium yang terdapat di dalam Freeport A’famosa Outlet Village ini, ia nya akan menjadi syurga membeli-belah untuk pengunjung yang berkunjung ke Melaka yang terletak tidak jauh dari ibu kota Kuala Lumpur. Di Freeport A’famosa Outlet Village ini, lebih daripada 70 kedai premium adalah jenama luar negara yang menawarkan barangan original dan berkualiti dengan harga yang telah diberi diskaun 30% – 70%.

Dengan permandangan nya yang sangat menawan kerana struktur rekaan dan susunan bangunan nya yang ala-ala Eropah, anda akan juga dapat mengambil kesempatan ini untuk menangkap gambar sambil bersantai dan membeli-belah di kedai-kedai premium di sini.
Alamat:Freeport A’Famosa Outlet,
Jalan Kemus, Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka.
Masa Operasi:
Setiap Hari: 10:00am – 10:00pm
Website: Freeport A’Famosa Outlet
Facebook: Freeport A’Famosa Outlet
Telefon: 06-552-8958

THE Pirate Adventure Melaka


Bersediakah anda untuk menjadi Lanun? Anda akan merasakan bagaimana pengembaraan seorang lanun yang sebenar di The Pirate Adventure. The Pirate Adventure ini adalah ilham daripada Nuevo Attraction & Destination Sdn. Bhd yang ingin menyediakan indoor attraction yang menggunakan 5 element dalam hidup kita. Anda sebagai pengunjung berpeluang untuk merasakan bagaimana menjadi lanun untuk selama 1 hari, anda akan mencari arah di Lautan Selat Melaka sebelum sampai di hutan belantara untuk mencari harta karun yang tersembunyi. Dengan peredaran teknologi dan kecanggihan teknologi masa kini, anda memang akan dapat merasai sendiri kegerunan ribut dan ombak di lautan luas.

Alamat:
Melaka Alive
Jalan Parameswara, Banda Hilir, Melaka(Opposite The Proclamation of Independence Memorial)
GPS: N 2.191 261 E 102.250 725
Masa Operasi:
Hari Biasa: 10:00am – 07:00pm
Hari Hujung Minggu dan cuti umum: 10:00am – 09:30pm
Harga Tiket:
Dewasa : RM20 (MyKad) & RM25.00 (Non-MyKad)
Kanak-kanak (4 – 12 Tahun): RM15.00 (MyKad) & RM20.00 (Non-MyKad)
Warga Emas (60 tahun dan ke atas): RM15.00 (MyKad) & RM25.00 (Non-MyKad)
Telefon: 012-266 9374 / 012-266 9461 / 03-7877 2828
Website: Melaka Alive OfficialFacebook: Official Melaka Alive

The Shore Sky Tower


The Shore Sky Tower adalah tempat menarik di Melaka anda wajib cuba. Sky Tower ini terletak di tingkat 42 The Shore Shopping Gallery bersamaan 163 meter dari paras laut. Yang menarik nya di sini adalah terdapat lantai kaca yang lutsinar. Ia akan menguji keberanian seseorang dan bukanlah untuk orang yang gayat. Di atas sana, anda boleh melihat permandangan sekeliling.

Alamat: The Shore Sky Tower Sdn Bhd
Tower 1, 42 & 43F, The Shore Shopping Gallery,
193, Pinggiran @ Sungai Melaka,
Jalan Persisiran Bunga Raya,
75100 Melaka Tengah, Malaysia

Harga:
Dewasa: RM18.00
Kanak-Kanak: RM15:00

Telefon: 06 – 288 3833

Melaka Upside Down House


Sesuai dengan nama nya, semua benda di dalam dunia Upside Down House ini adalah terbalik! Di dalam nya adalah seperti rumah biasa sahaja, terbahagi 5 bahagian iaitu bilik tidur utama, bilik tidur anak, ruang tamu, dapur dan tandas. Semuanya terbalik di dunia ini!

Alamat:
G12 & G14,
Jalan Pm 7, Plaza Mahkota, Banda Hilir,
75000 Melaka
Masa Operasi:
Isnin – Khamis: 10:00am – 06:00pm
Jumaat – Ahad/Cuti Umum/Cuti Sekolah: 10:00am – 09:30pm
Harga Tiket:
Dewasa: RM20.00
Kanak-Kanak: RM15.00

Telefon: 06 – 288 3833


Itu sahaja untuk tempat menarik di Melaka yang dapat saya kongsikan. Jika anda ada tempat lagi menarik di Melaka yang anda ingin sampaikan boleh lah tinggalkan senarai di komen dan share artikel ini untuk semua orang tahu tentang tempat meanrik di Melaka.




Agensi Pelancongan di Melaka

11:32:00 PTG

                 Agensi Pelancongan di Melaka




    Nama dan Alamat                                     No. Telefon            No. Faks

1.    Anda Travel & Tours Sdn. Bhd.                    +606-2847188        +606 284 5810
    238, Taman Melaka Raya, 
    75000 Melaka.


2. Annah (Melaka) Tours & Travel Sdn. Bhd.      +606 283 5626        +606 284 0609
    27, Jalan Laksamana,                                +606 283 7126
    75000 Melaka.


3. Aquarius Travel & Tours Sdn. Bhd.              +606 284 3737          +606 284 3737
    54, Madonna Building, 
    Jalan Laksamana, 
    75000 Melaka.

4. Atlas Travel Services Sdn. Bhd.                    +606 282 0315        +606 283 4714       
    198-199 Taman Melaka Raya                        +606 282 0315 
     75200 Melaka.

Peta Lokasi Melaka

11:17:00 PTG

 

Melaka dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah, Melaka Darul Azim atau Negeri Hang Tuah. Melaka telah diisytiharkan oleh UNESCOsebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage).
Fakta menarik mengenai Melaka yang anda harus tahu, pada tahun 2008, Melaka diisytiharkan sebagai ‘Melaka Maju’ pada 20.10.2010 pada jam 20:10 di Stadium Hang Jebat yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia langsung dari Putra World Trade Centre (PWTC),  Kuala Lumpur.
Melaka terletak di Pantai Barat Daya Semenanjung Malaysia. Berkeluasan 1,650 kilometer persegi, Melaka bersempadankan Negeri Sembilan di utara dan Johor di timur.

Selasa, 15 November 2016

Penginapan yang best di Melaka!

12:52:00 PTG


          Resort Tepi Pantai di Melaka



Saya pernah teringin sangat bercuti di tepi pantai.
Mujurlah Melaka dekat sahaja. Di pesisir pantai Melaka pula, seperti di Kuala Sungai Baru, Kuala Linggi dan Pengkalan Balak, mujurlah tersimpan pantai-pantai menarik yang bersih, cantik dan selamat untuk beristirehat.
Jadi saya pun memulakan pencarian untuk mencari resort yang menarik. Yang pastinya, ia perlulah berada di tepi pantai dan laut, kerana inilah hajat hati saya yang sebenarnya.

Akhirnya saya bertemu dengan 7 resort pilihan yang agak baru dan trendy, sesuai dengan citarasa.                  

1. Casa Rasa Sayang, Kuala Sungai Baru

                                                                                                      

Casa Rasa Sayang adalah sebuah villa berkeluasan 11,000 kaki persegi bertempat di atas tanah berkeluasan 1 suku ekar. Hanya 1 setengah jam dari Kuala Lumpur, villa ini adalah lokasi ideal untuk mereka yang mahu berehat, mengadakan hari keluarga, malah mengadakan aktiviti tim syarikat.
Villa ini terletak menghadap Selat Melaka. Ketika air surut, anda boleh berjalan kaki ke dua buah pulau yang terletak berhampiran. Casa Rasa Sayang memiliki 7 buah bilik, bermula pada harga RM235 semalam.
Hubungi 012-6756259 atau layari laman web Casa Rasa Sayang dan laman FB mereka untuk maklumat lanjut.
Alamat: Lot 1923, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka, Malaysia

2. Homestay Kuala Sg. Baru (Rumah Limas Melaka)


HOMESTAY KUALA SUNGAI BARU (SEAFRONT) PADA WAKTU MALAM



Sebuah penginapan rumah tradisional Melaka (rumah limas) dalam persekitaran kampung berlamankan pantai landai yang berpasir di Laut Selat Melaka. Boleh memuatkan lebih kurang 26 orang dalam 2 bilik dan 1 ruang di dalam rumah serta 1 bilik tambahan di sebelah rumah. Selain daripada itu, boleh juga menggunakan balai (pangkin), wakaf dan khemah untuk penginapan tambahan.


Terdapat 3 jenis kediaman disediakan: Seafront, Limas dan Homestay Uncle Man (bilik kecil).
Pelbagai kemudahan disediakan dan pelbagai aktiviti dapat diadakan oleh tetamu homestay saperti berdayung sampan, berbasikal di sekeliling kampung, memasang jaring untuk menangkap ikan atau ketam di tepi pantai, mencari remis dan kepah, mandi-manda dan memancing, permainan tarik tali, permainan congkak, dam kampung, carrom, mandi perigi, Wi-Fi, pit barbeku dan bermacam-macam lagi. Juga disediakan peralatan BBQ dan peralatan memasak untuk yang ingin memasak sendiri.
Harga penginapan untuk 2H1M adalah RM50 seorang (kecuali yang berumur 4 tahun ke bawah) dan 3H2M berharga RM85 seorang. Minima tetamu adalah sebanyak 16 orang yang berbayar.
Hubungi 012-2501262 atau layari laman laman FB Homestay Kuala Sg Baru, Melaka untuk maklumat lanjut.
Alamat: Jalan Kuala Sungai Baru / Masjid Tanah, Kampung Tengah, Melaka, Malaysia

3. Desa Balqis Beach Resort, Kuala Linggi

KAK CHIK, KAK LANG, KAK NGAH, KAK LONG

Desa Balqis menempatkan beberapa buah rumah kayu Melayu yang diberi sentuhan kontemporari. Desa Balqis merupakan lokasi ideal untuk mereka yang mencari ketenangan, jauh daripada hiruk pikuk kehidupan bandar.
Terdapat 20 jenis kediaman disediakan di sini. Menariknya, kediaman-kediaman di sini diberi nama pangkat dalam keluarga iaitu Pak Long, Pak Ngah, Pak Lang, Pak Ndak, Balqis, Mama, Penghulu, Atuk, Nenek, Pak Cik, Bilik Adik, Bilik Kakak, Kak Long, Kak Ngah, Kak Lang, Kak Chik, Pak Su, Pak Teh, Hj. Mat Zin dan Pak Anjang.
Harga bermula daripada RM140 untuk seorang (Bilik Adik dan Bilik Kakak). Kediaman paling besar adalah Pak Ngah dan Pak Lang yang boleh menempatkan sehingga 15 orang.
Kemudahan yang disediakan termasuklah kolam renang, padang bola dan pit barbeku.
Dengan binaan kayu, tingkap berwarna warni, laman terjaga rapi serta pemandangan menghadap laut, Desa Balqis amat sesuai bagi mereka yang merindui kehidupan kampung.
Hubungi 03-40227728 atau layari laman web Desa Balqis dan laman FB Desa Balqis untuk maklumat lanjut.
Alamat: Jalan Kuala Sungai Baru / Kuala Linggi, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka, Malaysia

4. Desa Damai Chalet, Pengkalan Balak



Desa Damai Chalet terletak berhadapan dengan pantai Pengkalan Balak. Chalet ini bersinar walaupun terdapat deretan kediaman-kediaman lain yang ditawarkan di pantai ini, oleh kerana binaan menarik dan taman yang dihias rapi. Baru sahaja bermula operasi pada tahun 2014, anda pasti berpuas hati dengan kediaman ini.
Berhampiran chalet ini juga terdapat gerai-gerai ikan bakar serta pusat konservasi dan penetasan telur penyu Karah. Harga bermula daripada RM150.
Hubungi 019-2348966 atau layari laman Facebook Desa Damai Chalet untuk maklumat lanjut.
Alamat: Lot 1681, Batu 22 1/2, Kampung Hailam, Pengkalan Balak, Malaysia

Harap anda suka dengan 4 cadangan ini. :)

About Us

Recent

Random