Resort Tepi Pantai di Melaka
Saya pernah teringin sangat bercuti di tepi pantai.
Mujurlah Melaka dekat sahaja. Di pesisir pantai Melaka pula, seperti di Kuala Sungai Baru, Kuala Linggi dan Pengkalan Balak, mujurlah tersimpan pantai-pantai menarik yang bersih, cantik dan selamat untuk beristirehat.
Jadi saya pun memulakan pencarian untuk mencari resort yang menarik. Yang pastinya, ia perlulah berada di tepi pantai dan laut, kerana inilah hajat hati saya yang sebenarnya.
Akhirnya saya bertemu dengan 7 resort pilihan yang agak baru dan trendy, sesuai dengan citarasa.
1. Casa Rasa Sayang, Kuala Sungai Baru
Casa Rasa Sayang adalah sebuah villa berkeluasan 11,000 kaki persegi bertempat di atas tanah berkeluasan 1 suku ekar. Hanya 1 setengah jam dari Kuala Lumpur, villa ini adalah lokasi ideal untuk mereka yang mahu berehat, mengadakan hari keluarga, malah mengadakan aktiviti tim syarikat.
Villa ini terletak menghadap Selat Melaka. Ketika air surut, anda boleh berjalan kaki ke dua buah pulau yang terletak berhampiran. Casa Rasa Sayang memiliki 7 buah bilik, bermula pada harga RM235 semalam.
Hubungi 012-6756259 atau layari laman web Casa Rasa Sayang dan laman FB mereka untuk maklumat lanjut.
Alamat: Lot 1923, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka, Malaysia
2. Homestay Kuala Sg. Baru (Rumah Limas Melaka)
HOMESTAY KUALA SUNGAI BARU (SEAFRONT) PADA WAKTU MALAM |
Terdapat 3 jenis kediaman disediakan: Seafront, Limas dan Homestay Uncle Man (bilik kecil).
Pelbagai kemudahan disediakan dan pelbagai aktiviti dapat diadakan oleh tetamu homestay saperti berdayung sampan, berbasikal di sekeliling kampung, memasang jaring untuk menangkap ikan atau ketam di tepi pantai, mencari remis dan kepah, mandi-manda dan memancing, permainan tarik tali, permainan congkak, dam kampung, carrom, mandi perigi, Wi-Fi, pit barbeku dan bermacam-macam lagi. Juga disediakan peralatan BBQ dan peralatan memasak untuk yang ingin memasak sendiri.
Harga penginapan untuk 2H1M adalah RM50 seorang (kecuali yang berumur 4 tahun ke bawah) dan 3H2M berharga RM85 seorang. Minima tetamu adalah sebanyak 16 orang yang berbayar.
Hubungi 012-2501262 atau layari laman laman FB Homestay Kuala Sg Baru, Melaka untuk maklumat lanjut.
Alamat: Jalan Kuala Sungai Baru / Masjid Tanah, Kampung Tengah, Melaka, Malaysia
3. Desa Balqis Beach Resort, Kuala Linggi
KAK CHIK, KAK LANG, KAK NGAH, KAK LONG |
Desa Balqis menempatkan beberapa buah rumah kayu Melayu yang diberi sentuhan kontemporari. Desa Balqis merupakan lokasi ideal untuk mereka yang mencari ketenangan, jauh daripada hiruk pikuk kehidupan bandar.
Terdapat 20 jenis kediaman disediakan di sini. Menariknya, kediaman-kediaman di sini diberi nama pangkat dalam keluarga iaitu Pak Long, Pak Ngah, Pak Lang, Pak Ndak, Balqis, Mama, Penghulu, Atuk, Nenek, Pak Cik, Bilik Adik, Bilik Kakak, Kak Long, Kak Ngah, Kak Lang, Kak Chik, Pak Su, Pak Teh, Hj. Mat Zin dan Pak Anjang.
Harga bermula daripada RM140 untuk seorang (Bilik Adik dan Bilik Kakak). Kediaman paling besar adalah Pak Ngah dan Pak Lang yang boleh menempatkan sehingga 15 orang.
Kemudahan yang disediakan termasuklah kolam renang, padang bola dan pit barbeku.
Dengan binaan kayu, tingkap berwarna warni, laman terjaga rapi serta pemandangan menghadap laut, Desa Balqis amat sesuai bagi mereka yang merindui kehidupan kampung.
Hubungi 03-40227728 atau layari laman web Desa Balqis dan laman FB Desa Balqis untuk maklumat lanjut.
Alamat: Jalan Kuala Sungai Baru / Kuala Linggi, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka, Malaysia
4. Desa Damai Chalet, Pengkalan Balak
Desa Damai Chalet terletak berhadapan dengan pantai Pengkalan Balak. Chalet ini bersinar walaupun terdapat deretan kediaman-kediaman lain yang ditawarkan di pantai ini, oleh kerana binaan menarik dan taman yang dihias rapi. Baru sahaja bermula operasi pada tahun 2014, anda pasti berpuas hati dengan kediaman ini.
Berhampiran chalet ini juga terdapat gerai-gerai ikan bakar serta pusat konservasi dan penetasan telur penyu Karah. Harga bermula daripada RM150.
Hubungi 019-2348966 atau layari laman Facebook Desa Damai Chalet untuk maklumat lanjut.
Alamat: Lot 1681, Batu 22 1/2, Kampung Hailam, Pengkalan Balak, Malaysia
Harap anda suka dengan 4 cadangan ini. :)
Harap anda suka dengan 4 cadangan ini. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan